Friday, May 18, 2012

Sup Tulang


SUP TULANG 

Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya 


Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

3 comments:

Nai @ TPJ said...

Salam. Akak.. Dah lama jadi pemerhati, arini nak komen la sket.. ;) best nye nampak.. Sblom ni x pnah letak serai dlm sup tulang.. Lps ni nak cuba tra teh la skali tgk guana balah.. Tq..

Unknown said...

kak liza, menyelerakan sup tulang tu......teringat kakak saya selalu buat bila ada keramaian keluarga.

deep inside said...

salam..nk tnya..air tue masuk bila dh renenh rempah tue semua ke?bkn msk air sekali ye?br nk beljar masak sup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers